(VIDEO) Gigih Ketuk Tingkap Kereta Semata Nak Mintak Nombor, Tindakan Lelaki Ini Buat Wanita Rasa Tak Selamat

Entertainment
25 Nov 2022 • 1:26 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular di media sosial Twitter apabila satu video menunjukkan seorang lelaki nekad untuk meminta nombor telefon wanita yang diminatinya dengan cara mengetuk tingkap kereta ketika berada di atas jalan raya.

Difahamkan kejadian itu berlaku ketika lelaki berkenaan berada di satu simpang sementara menunggu lampu isyarat bertukar hijau.

Dia kemudiannya turun dari kereta dan segera menuju ke kenderaan wanita sebelum mengetuk tingkap untuk meminta nombor telefon.

Menjengah ke ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen berasa bahawa tindakan lelaki itu sangatlah tidak wajar dan ada juga yang meluahkan perasaan ‘seram’.

Kebanyakan wanita yang melihat video tersebut juga takut dan berasa terancam kerana bimbang diapa-apakan individu tidak bertanggungjawab.

image is not available

Sumber : Twitter  

Ada juga yang mempertikaikan tindakan wanita itu yang membuka tingkap sehingga habis kerana ia adalah satu tindakan yang merbahaya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 hari lalu

(VIDEO) "Berderai Air Mata.." - Dipuji Ibu Jadi Anak Sulung Yang Baik, Reaksi Kanak-Kanak Ini Bikin Ramai Sebak

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved