SPRM Beku 14 Akaun, Tahan Empat Individu Disyaki Seleweng Dana NGO

LocalPolitics
13 Jun 2025 • 10:13 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan empat individu, termasuk tiga ahli jawatankuasa (AJK) sebuah badan bukan kerajaan (NGO), kerana disyaki bersubahat menyeleweng dana milik pertubuhan tersebut.

SPRM sita 14 akaun bank

Menurut laporan Berita Harian, kesemua suspek dua lelaki dan dua wanita berusia sekitar 30-an ditahan antara jam 4 petang hingga 7 malam kelmarin ketika hadir memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Melaka.

image is not available

Foto: Malaysiakini

“Hasil siasatan awal mendapati kesemua suspek disyaki melakukan perbuatan itu antara 2015 hingga 2025.

“Mereka dipercayai bersubahat dengan pengerusi NGO itu yang disyaki menyalahgunakan kuasa dan penyelewengan dana bagi kepentingan peribadi,” katanya.

Berikutan penahanan itu, turut disita pelbagai aset termasuk wang tunai berjumlah RM900,000, barang kemas, sembilan lot tanah di Melaka, Pulau Pinang dan Selangor, serta empat unit rumah di Melaka.

Turut dibekukan ialah 14 akaun bank melibatkan lapan akaun individu dan enam akaun syarikat dengan jumlah anggaran kira-kira RM5 juta.

image is not available

Foto: Carian Google

Kesemua suspek kini direman selama tujuh hari bermula semalam hingga Selasa depan, selepas perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Nur Afiqah Radhiah Zainurin di Mahkamah Majistret Melaka.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Hairuzam Mohmad Amin@Hamim, ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan memaklumkan bahawa kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 kerana salah guna kuasa.