Seleweng petrol, minyak masak: 3 ditahan di Semporna, Labuan

LocalPolitics
13 Jun 2025 • 11:32 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Azmie Lim

SEMPORNA: Pasukan Polis Marin menahan tiga lelaki yang disyaki menyeleweng diesel, petrol dan minyak masak susulan serbuan yang dilakukan di Semporna dan Labuan.

Komander Wilayah Empat Pasukan Polis Marin Sabah ACP Mohd Nazri Ibrahim berkata, kira-kira jam 3.40 petang pada 10 Jun, sepasukan anggota Marin menyerbu sebuah gudang di Labuan.

Pemeriksaan lanjut di gudang terbabit menemukan tiga tangki Intermediate Bulk Container (IBC) mengandungi diesel dan sembilan lagi yang mengandungi 8,500kg minyak masak.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Dalam serbuan itu, sebanyak 2,600 liter diesel telah dirampas. Jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM370,324.

“Seorang individu turut ditahan bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Menurut Mohd Nazri, kira-kira jam 5.30 petang pada hari sama, pasukan Marin dari Semporna dan Lahad Datu berjaya merampas 153 jerigen yang mengandungi petrol serta dua bot di kawasan Kampung Batu, Semporna.

Dua individu ditahan bagi membantu siasatan manakala keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM107,738.50.

Mohd Nazri menambah siasatan dijalankan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Tegasnya, Pasukan Polis Marin akan terus komited membanteras aktiviti penyeludupan demi memastikan keselamatan dan kesejahteraan negara.