SPRM Buka Siasatan Kerugian Pelaburan Lebih RM40 Juta FashionValet

Entertainment
2 Nov 2024 • 9:59 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, sebuah butik e-dagang, FashionValet menjadi bualan hangat di media-media sosial. Perkara ini mula ditimbulkan susulan pendedahan mengenai kerugian pelaburan lebih RM40 juta yang dicatatkan oleh Fashion Valet.

Sehubungan dengan itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan membuka siasatan mengenai kerugian pelaburan kepada FashionValet oleh Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang berjumlah RM43.9 juta.

image is not available

Memetik laporan Astro Awani, Tan Sri Azam Baki, Ketua Pesuruhjaya SPRM berkata, siasatan itu penting kerana isu kerugian pelaburan ini melibatkan isu dana dan kepentingan awam.

Azam juga telah mengarahkan pegawainya untuk menyiasat sekiranya terdapat unsur jenayah atau hal-hal lain berkaitan tatakelola di FashionValet.

Khamis lalu, Menteri Komunikasi mengarahkan Khazanah, PNB dan FashionValet untuk memberikan penjelasan berhubung kerugian pelaburan berjumlah RM43.9 juta yang dicatatkan dalam FashionValet.

image is not available

Semalam, pengasas bersama FashionValet, Vivy Yusof dan Fadzaruddin Shah Anuar memohon maaf dan akan melepaskan jawatan mereka di FashionValet bagi mengelakkan konflik yang ketika ini menjejaskan syarikat yang sedang dalam proses pemulihan.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.