SPRM cari Adam Radlan bantu siasatan projek lebuh raya MEX II

LocalPolitics
15 Nov 2025 • 4:36 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

SPRM sedang mengesan Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut Adam Radlan bagi membantu siasatan kes projek Lebuh Raya MEX II yang tertangguh.

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sedang mengesan Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut Adam Radlan Adam Muhammad bagi membantu siasatan berhubung kes projek Lebuh Raya MEX II.

Adam Radlan yang berusia 44 tahun kali terakhir menetap di A16-2, Sunway Pallazio, Jalan Sri Hartamas 3, Sri Hartamas di sini.

Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai beliau diminta menghubungi pegawai penyiasat G. Sharan Raj melalui talian 014-3560771 atau e-mel sharanraj@sprm.gov.my.

Projek pembinaan lebuh raya Putrajaya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dari Persimpangan Putrajaya dan berakhir di KLIA itu mula dibina pada 2016.

Lebuh raya tersebut sepatutnya siap pada penghujung 2019 namun didakwa tertangguh akibat masalah kewangan. – Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved