SPRM Kelantan tahan pegawai kanan KADA buat tuntutan palsu

1 May 2024 • 12:17 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Gambar hiasan

KOTA BHARU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan menahan seorang pegawai kanan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) kerana disyaki membuat tuntutan palsu sejak tahun lepas.

Menurut sumber, lelaki berusia 40-an itu ditahan pada jam 9.30 malam tadi selepas dipanggil ke pejabat SPRM untuk diambil keterangan.

"Pegawai terbabit dipercayai melakukan pemalsuan itu tahun lepas dan juga tahun ini, yang berkaitan dengan pelbagai program anjuran KADA,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kelantan Rosli Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan dan berkata, pegawai kanan itu telah dibawa ke Mahkamah Kota Bharu hari ini bagi mendapatkan perintah reman.

Beliau berkata, ia bagi membolehkan SPRM menjalankan siasatan lanjut di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2019. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved