SPRM Tahan Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Pembekalan Air, Pemilik Syarikat

1 May 2024 • 4:09 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Johor untuk perintah tahanan reman. - gambar BERNAMA

JOHOR BAHRU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan seorang ketua pegawai eksekutif syarikat pembekalan air dan seorang pemilik syarikat berhubung kes rasuah, semalam.

Menurut sumber kedua-dua lelaki berusia 38 dan 35 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Selangor kira-kira pukul 4 petang semalam bagi membantu siasatan.

Pengarah SPRM Johor Datuk Azmi Alias ketika dihubungi, mengesahkan perkara itu dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) dan Seksyen 18 Akta SPRM 2009. 

Beliau berkata, pagi ini Mahkamah Majistret Johor Bahru telah membenarkan tahanan reman selama tiga hari bermula hari ini terhadap kedua-dua lelaki itu.

Difahamkan siasatan dijalankan susulan beberapa aduan pada 2023, berkaitan pemberian rasuah sebagai balasan membantu syarikat memperoleh kerja-kerja perkhidmatan dan pembekalan. 

Kedua-dua mereka juga dipercayai terlibat dengan kesalahan mengemukakan dokumen mengandungi butiran palsu berhubung permohonan sumbangan bagi satu program berjumlah RM3.3 juta, sedangkan program itu tidak dilaksanakan sepenuhnya. - BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved