SPRM kemuka syor perkukuh tatakelola projek Agro Park, urus niaga lembu Felda

LocalPolitics
28 Sep 2026 • 5:42 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: SPRM kemuka syor perkukuh tatakelola projek Agro Park, urus niaga lembu Felda
SPRM mengemukakan beberapa syor penambahbaikan tatakelola kepada Felda dan dua anak syarikatnya.

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengemukakan beberapa syor penambahbaikan tatakelola kepada Felda dan dua anak syarikatnya bagi meningkatkan ketelusan pelaksanaan Projek Agro Park (Komersial) serta Projek Rintis Urus Niaga Jual Beli Lembu.

SPRM dalam hantaran di Facebook pada Isnin memaklumkan syor itu dikemukakan menerusi Bahagian Penyiasatan Tatakelola kepada Felda, FIC Supplies Sdn Bhd dan FIC Integrated Property Management (FIC IPM).

Antara syor yang dikemukakan adalah penstrukturan semula peranan FIC IPM sebagai panel penasihat bebas bagi memastikan pandangan dan nasihat yang diberikan lebih objektif, telus serta bebas daripada konflik kepentingan.

SPRM memaklumkan Felda turut disyorkan supaya mewujudkan prosedur operasi standard (SOP) khusus bagi kaedah perolehan melalui Permintaan untuk Cadangan dan perubahan kerja serta menambah baik prosedur urus niaga jual beli oleh FIC Supplies bagi meningkatkan kawalan dalaman dan ketelusan.

"Felda dan anak syarikatnya menyambut baik syor tersebut serta memberikan komitmen untuk melaksanakannya secara berperingkat," menurut hantaran itu.

Menurut SPRM, persetujuan terhadap syor itu dimeterai menerusi Laporan Penambahbaikan Tatakelola yang ditandatangani Timbalan Pengarah Besar Service Felda, Muhammad Fitri Othman; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FIC, Syed Fadil Syed Sofi dan Pengarah BPT SPRM, Datuk Mohazaki Hassan. - Bernama

 

 

 

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved