SPRM mahu kepercayaan rakyat dalam banteras rasuah – “Bebas sahaja tak mencukupi..”

LocalPolitics
29 Apr 2025 • 1:15 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menekankan bahawa kebebasan institusi dalam membanteras rasuah perlu disokong dengan kepercayaan rakyat dan sistem akauntabiliti yang kukuh.

Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata suruhanjaya itu sentiasa berpegang teguh pada prinsip yang ditetapkan dalam Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Menentang Rasuah (UNCAC), terutamanya Artikel 36 yang menyeru agar ditubuhkan badan penguatkuasaan rasuah yang bebas dan bersifat profesional.

Kepercayaan rakyat

image is not available

“Pengalaman kami menunjukkan bahawa kebebasan institusi mesti disertai dengan akauntabiliti dan kepercayaan awam.

“Bebas daripada campur tangan sahaja tidak mencukupi, kami juga mesti mendapat kepercayaan daripada masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Persidangan Anti Rasuah Asia Tenggara: Recalling Jakarta Statement 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini pada Selasa.

Azam turut menjelaskan bahawa pelaksanaan prinsip-prinsip tu juga berteraskan Pernyataan Jakarta, yang dijadikan panduan penting untuk pastikan agensi antirasuah dapat beroperasi dengan bebas, telus dan ada kuasa autonomi sepenuhnya.

Kepercayaan rakyat

image is not available

“SPRM telah menerima pakai prinsip ini bukan sekadar dari segi bentuk, tetapi juga dalam pelaksanaan melalui lima jawatankuasa pemantau bebas yang memastikan agensi kekal bertanggungjawab kepada rakyat, namun bebas daripada sebarang campur tangan,” kata beliau.

SPRM akan terus komited dalam memastikan pembaharuan dari segi undang-undang, tingkatkan pembangunan kemahiran, luaskan kerjasama di peringkat global, dan gunakan teknologi terkini macam kecerdasan buatan (AI) serta rantaian blok untuk lawan jenayah kewangan yang makin kompleks.

image is not available

“SPRM juga menjunjung gagasan Malaysia Madani dengan menekankan nilai integriti, akauntabiliti dan keadilan sosial dalam tadbir urus negara,” jelasnya.

Sementara itu, Azam menyifatkan penganjuran persidangan itu sangat bermakna, lebih-lebih lagi selari dengan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN.

“Sebagai sebahagian daripada komitmen serantau, Malaysia menerusi SPRM akan menjadi tuan rumah kepada Mesyuarat Ketua-Ketua ASEAN Parties Against Corruption (ASEAN-PAC) ke-21 pada Oktober 2025,” ujarnya.