SPRM Sudah Ada Senarai Individu Kes Ceroboh Tanah Di Raub

LocalPolitics
29 Apr 2025 • 5:21 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini sudah mempunyai senarai individu yang dikenal pasti dalam kes pencerobohan tanah di Raub, Pahang.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata, buat masa ini tangkapan masih belum lagi dibuat dan pegawai penyiasatnya sedang giat mengesan mereka termasuklah pegawai kerajaan yang berkhidmat di Pejabat Tanah dan Galian (PTG) serta pejabat daerah.

“Kita ada dalam senarai (individu dikenal pasti terbabit). Kalau lebih kurang 10 tahun (kejadian berlaku) sudah tentu pegawai berkenaan ada yang sudah berpencen dan sebagainya.

“Jadi ini menjadi satu cabaran juga kepada pegawai penyiasat saya untuk buat ‘tracing’ dan semak latar belakang siapa yang bertugas ketika itu, akan ambil masa sedikit terutama kepada mereka yang meneroka dan bagaimana mereka melakukannya. Keadilan dalam proses siasatan ini adalah penting.”

Sebelum ini, Azam telah memaklumkan bahawa beliau telah mengarahkan SPRM Pahang telah meneruskan siasatan mengenai kes ini.

Kata beliau, selain menumpukan kepada isu tatakelola, SPRM turut teliti bagaimana individu tersebut menceroboh tanah di Raub itu terlepas begitu sahaja.

image is not available

“Kita siasat kes berkenaan dengan teliti, bukan saja isu tatakelola tetapi turut melihat bagaimana selama ini kes terbabit boleh terlepas.”

“Kita perlu ingat 2021 lagi kita sudah siasat dan ia hampir selesai. Mungkin sudah selesai di pihak pejabat tanah tetapi bagi kes yang baru ini, kita lihat bagaimana dengan penerokaan yang baharu.”

“Ada pokok yang berusia sekitar lapan hingga sembilan tahun, ini (boleh jadi) penerokaan yang lain.”

image is not available

Berikutan itu, Azam mengatakan bahawa perkara itu akan turut diambil kira oleh kerajaan negeri dan SPRM, mereka akan mempertimbangkan untuk memanggil mana-mana pihak yang bertanggungjawab bagi tujuan siasatan.

Sumber : Berita Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.