Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengumumkan permohonan rasmi untuk melucut hak ke atas Menara Ilham milik Allahyarham Tun Daim Zainuddin, bekas Menteri Kewangan yang juga tokoh perbankan negara. Permohonan tersebut difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu di bawah Seksyen 56 Akta AMLATFPUAA 2001, membabitkan pelucuthakkan tanpa pendakwaan. Beliau menjelaskan, proses ini bukan sesuatu yang mudah kerana melibatkan banyak dokumen dan fakta yang perlu dikemukakan kepada mahkamah. Selain Menara Ilham yang terletak di Jalan Binjai, Kuala Lumpur, SPRM juga akan memohon untuk melucut hak beberapa aset lain milik Allahyarham dalam masa terdekat. Dalam perkembangan berkaitan, Azam turut mendedahkan bahawa pihak berkuasa United Kingdom (UK) telah membekukan aset milik Allahyarham di negara itu selepas SPRM memfailkan permohonan rasmi pada 5 Jun lalu, membabitkan nilai harta dianggarkan RM700 juta. Artikel lain: Kes Ismail Sabri: Siasatan selesai, SPRM mohon lucut hak RM170 juta Difahamkan, terdapat pencelahan oleh pihak defendan untuk meminta mahkamah mendengar kes pengurusan, namun tindakan pembekuan harta masih diteruskan mengikut permohonan SPRM. Permohonan ini menjadi sebahagian daripada usaha berterusan SPRM dalam mengesan dan mendapatkan semula hasil daripada aktiviti haram, termasuk aset-aset mewah di dalam dan luar negara yang dikaitkan dengan tokoh-tokoh berprofil tinggi. Sumber: Sinar Harian (Mohamad Hisyamuddin Ayub)SPRM mohon lucut hak Menara Ilham
“Bagi tindakan melucut hak harta tak alih membabitkan Menara Ilham, tindakan sedang dilakukan melalui Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur,” kata Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dalam sidang media di Ibu Pejabat SPRM.

Azam baki jelaskan proses mohon lucut hak Menara Ilham bukan sesuatu yang mudah
“Perkara ini bagaimanapun bukan sesuatu yang mudah memandangkan perlu melalui banyak proses selain dokumen berkaitan Menara Ilham juga adalah tebal,” katanya.

Mohon lucut hak untuk beberapa aset lain
“Pada Selasa, pihak berkuasa UK ada memfailkan ‘restraining order’ dan bersetuju dengan permohonan kita (SPRM),” jelasnya lagi.

