SPRM Sabah syor penambahbaikan tatakelola rumah mesra SMJ

LocalPolitics
23 Dec 2025 • 9:08 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

SPRM Sabah cadang lima penambahbaikan tatakelola kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah berhubung isu rumah mesra SMJ yang tidak diduduki.

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah telah mengesyorkan lima cadangan penambahbaikan tatakelola kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah (KPLB).

Cadangan itu berhubung isu Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (RMSMJ) yang tidak diduduki selepas siap dibina.

Pengarah SPRM Sabah Datuk Mohd Fuad Bee Basrah berkata syor tersebut telah dikemukakan kepada KPLB hari ini.

“Cadangan penambahbaikan itu berdasarkan hasil siasatan awal oleh SPRM Sabah,” katanya dalam satu kenyataan.

Siasatan mendapati terdapat penerima bantuan rumah dalam program RMSMJ tidak tinggal di rumah tersebut dan menyewakannya kepada orang lain.

Cadangan pertama ialah menambah baik kriteria penerima dengan menetapkan permohonan hendaklah daripada Ketua Isi Rumah (KIR).

Cadangan kedua ialah permohonan tidak akan diluluskan sekiranya pemohon mempunyai sumber pendapatan.

Cadangan ketiga ialah tidak membenarkan penukaran hak milik RMSMJ kecuali KIR telah meninggal dunia dan hak milik dipindah kepada pewaris.

Cadangan keempat ialah mewujudkan satu mekanisme pemantauan sebelum, semasa dan selepas pembinaan RMSMJ serta borang permohonan khas.

Cadangan kelima ialah memasukkan klausa Peringatan Seksyen 18 Akta SPRM 2009 dalam borang permohonan RMSMJ.