SPRM Sahkan Buka Kertas Siasatan Dakwaan Penyelewengan Dana RM 600 Bilion

Politics
8 Dec 2022 • 5:36 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah membuka siasatan mengenai dakwaan penyelewengan perbelanjaan negara sebanyak RM600 bilion.

Perkara berkenaan dimaklumkan menerusi satu kenyataan media yang dimuat naik di Twitter sebentar tadi.

SPRM dalam pada itu menegaskan bahawa pihaknya akan menjalankan siasatan secara terperinci, telus dan profesional dan membuat penilaian daripada pelbagai perspektif berkaitan isu ini.

Sehubungan itu, mana-mana pihak yang mempunyai apa-apa maklumat, bukti atau dokumen yang berkaitan diminta untuk menghadirkan diri ke pejabat SPRM terdekat dan menyerahkan maklumat berkenaan untuk membantu siasatan.

Jika terdapat keperluan, SPRM juga boleh menghantar para pegawainya bagi mengambil maklumat atau dokumen tersebut daripada pihak berkenaan.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik, Kamaruddin M. Ripin (03-88700016) atau Badrila Jamlus (03-88700200).

Sumber: SPRM via Twitter