SPRM sahkan siasat BAM

LocalPolitics
3 Dec 2024 • 1:50 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan siasatan telah dibuat terhadap kepimpinan tertinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM). Foto Bernama

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan siasatan telah dibuat terhadap kepimpinan tertinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Menurut sumber, SPRM sudah membuka kertas siasatan berhubung perkara terbabit.

"Siasatan sedang dijalankan namun difahamkan SPRM telah membuka kertas siasatan terhadap Timbalan Presiden BAM.

"Berkaitan perkara lain, ia akan dimaklumkan kelak," katanya pada Selasa.

Pada Selasa, Sinar Harian melaporkan BAM mengesahkan kehadiran pegawai SPRM ke pejabat badan induk di Bukit Kiara, Kuala Lumpur bagi mendapatkan beberapa maklumat tertentu.

Bagaimanapun, tiada info lanjut dari BAM berhubung maklumat yang diminta oleh SPRM.

Sebelum ini, sebuah portal melaporkan maklumat daripada individu yang tidak diketahui telah mencetuskan siasatan terhadap dakwaan seorang pegawai tertinggi BAM menerima elaun tambahan tanpa kelulusan lembaga, yang berkemungkinan melanggar undang-undang antirasuah.

Portal itu turut melaporkan Pemangku Presiden BAM, Datuk V Subramaniam dan Setiausaha Agung, Datuk Kenny Goh, mungkin akan dipanggil untuk memberikan kenyataan.