BAM sahkan kunjungan pegawai SPRM

LocalPolitics
3 Dec 2024 • 12:33 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Akademi Badminton Malaysia yang menempatkan pejabat BAM di Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Foto Agensi

PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan kehadiran pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke pejabat badan induk itu pada minggu lalu.

Kunjungan di Bukit Kiara, Kuala Lumpur itu bagi mendapatkan beberapa maklumat tertentu.

BAM dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa badan induk tersebut memberikan kerjasama penuh sepanjang kehadiran pegawai itu.

"BAM memberikan kerjasama penuh sepanjang kehadiran pegawai SPRM itu dan mereka menjalankan tugas dengan penuh profesionalisme," kata kenyataan itu pada Selasa.

Bagaimanapun, tiada info lanjut dari BAM berhubung maklumat yang diminta oleh SPRM.

Sebelum ini, sebuah portal melaporkan maklumat daripada individu yang tidak diketahui telah mencetuskan siasatan terhadap dakwaan seorang pegawai tertinggi BAM menerima elaun tambahan tanpa kelulusan lembaga, yang berkemungkinan melanggar undang-undang antirasuah.

Portal itu turut melaporkan Pemangku Presiden BAM, Datuk V Subramaniam dan Setiausaha Agung, Datuk Kenny Goh, mungkin akan dipanggil untuk memberikan kenyataan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved