SPRM Sedang ‘Intai’ Beberapa Kementerian - Azam Baki

LocalPolitics
22 Jan 2026 • 7:16 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

KUALA LUMPUR - Beberapa kementerian kini disifatkan berada dalam ‘hotspot’ kerana berada dalam pemerhatian Suruhanjaya Pencegahan Malaysia (SPRM).

Mengesahkan perkara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, kesemua kementerian dimakaudkan didapati terbabit dalam beberapa isu berkaitan perolehan.

Menurut beliau, isu perolehan yang melibatkan ketirisan merupakan satu perkara serius.

“Kami akan mengambil tindakan tegas kerana ini adalah tanggungjawab kami (SPRM) untuk menyelamatkan wang negara.

“Kami berada dalam fasa ‘membersihkan’ sejak 2009 bagi membanteras rasuah,” katanya.

Jelas beliau, siasatan isu rasuah dan perolehan melibatkan angkatan tentera dan Kementerian Pertahanan dapat digerakkan dengan baik kerana menerima kerjasama penuh menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

“Saya mengalu-alukan perkara ini dan telah menghantar pegawai kami ke sana. 

“Kami hanya mahu membantu menangani isu perolehan yang melibatkan ketirisan, tiada agenda lain,” katanya. - Getaran, 22 Januari 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved