SPRM Serbu Lima Kilang Beras Di Kedah – Azam Baki

12 Oct 2023 • 5:18 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

SPRM Serbu Lima Kilang Beras Di Kedah – Azam Baki

KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyerbu lima kilang beras di Kedah yang disyaki terlibat dalam penyelewengan subsidi.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata tiga kilang diserbu hari ini manakala dua lagi semalam.

Beliau berkata SPRM tidak melihat kepada isu penyorokan beras tetapi lebih kepada isu subsidi yang berpotensi mempunyai unsur rasuah.

“Perspektif SPRM adalah lebih kepada kesalahan-kesalahan rasuah yang mungkin berlaku terutama jika melibatkan dana wang kerajaan berkaitan subsidi sekiranya ia diseleweng,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Program Perkongsian Awam Swasta Fasa Dua: Cabaran Bersama Integriti Dalam Menangani Jenayah di sini hari ini.

Berita lanjut bakal menyusul

Sumber: Bernama