SPRM siasat dakwaan rasuah libatkan ahli perniagaan & bekas Setpol kanan PM

LocalPolitics
26 Nov 2025 • 2:44 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan akan memulakan siasatan segera berhubung dakwaan rasuah melibatkan seorang ahli perniagaan terkenal, Albert Tei, terhadap bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Dalam kenyataan rasmi, SPRM memaklumkan bahawa kedua-dua individu tersebut iaitu pihak yang membuat tohmahan dan pihak yang ditohmah akan dipanggil dalam masa terdekat untuk memberikan keterangan.

Menurut suruhanjaya itu, siasatan turut akan melibatkan pihak-pihak lain yang berkaitan bagi membolehkan bukti dan maklumat lengkap dikumpulkan.

“SPRM akan memanggil pihak yang membuat tohmahan berkenaan iaitu Albert Tei serta pihak yang ditohmah iaitu Datuk Seri Shamsul Iskandar dalam masa terdekat bagi memberi keterangan,” tulis kenyataan itu.

Baca juga:

SPRM juga mengingatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan proses siasatan.

“Orang ramai diharap tidak membuat sebarang spekulasi mengenai isu ini dan memberi ruang kepada SPRM untuk menjalankan siasatan bagi mengumpul keterangan serta bukti berkaitan tohmahan ini,” katanya.

Terdahulu, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin memaklumkan peletakan jawatannya sebagai Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri.

Menerusi hantaran di platform X itu, beliau berkata, keputusan tersebut dibuat susulan wujud percubaan untuk menyerang beliau dengan perkara yang boleh merosakkan imej kerajaan Madani.