SPRM Sita Puluhan Jam Rolex Bernilai RM2.2 Juta Dari Rumah Isteri Kedua PTD

LocalPolitics
10 Jan 2026 • 4:04 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita aset mewah bernilai lebih RM2.2 juta susulan penggeledahan di sebuah kediaman di Pantai Timur yang dipercayai milik isteri kedua kepada seorang bekas pegawai tertinggi Tentera Darat (PTD).

Penggeledahan dibuat di rumah isteri kedua PTD

Memetik laporan daripada Kosmo! sumber menyatakan, serbuan yang dijalankan pada pagi tadi menemui dua buah bagasi yang dipercayai digunakan untuk menyimpan barangan mewah berkenaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati 23 unit jam tangan jenama Rolex pelbagai model dengan anggaran nilai pasaran semasa kira-kira RM2 juta,” kata sumber itu.

image is not available

Kediaman isteri kedua di Pantai Timur

Tambahnya, SPRM turut menyita beberapa barangan kemas milik seorang individu yang dipercayai bersubahat, dengan nilai dianggarkan sekitar RM225,000.

Aset-aset mewah ini dipercayai berkait dengan siasatan kes rasuah melibatkan projek perolehan Tentera Darat Malaysia.

image is not available

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Zainul Darus, ketika dihubungi mengesahkan penggeledahan dan sitaan berkenaan. Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut kerana siasatan masih berjalan.

image is not available

Artikel lain: Kes Rasuah TDM: SPRM Sita Wang Tunai, Tiga Jongkong Emas Tulen Bernilai RM6.9 Juta

Sebelum ini, SPRM telah memaklumkan menyita wang tunai dalam pelbagai mata wang asing, jongkong emas serta sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) berprestasi tinggi bernilai keseluruhan kira-kira RM6.9 juta susulan siasatan kes rasuah membabitkan tender perolehan projek Tentera Darat Malaysia.

Wang tunai yang disita melibatkan mata wang dolar Amerika Syarikat (AS$), Euro, Pound Sterling, Yen Jepun dan Riyal Arab Saudi.

Sumber: Kosmo! (Mohd. Fahmi Ismail)

The post SPRM Sita Puluhan Jam Rolex Bernilai RM2.2 Juta Dari Rumah Isteri Kedua PTD appeared first on Borak Daily.