SPRM Sita Wang Tunai Lebih RM100 Juta Dari Rumah Bekas Pegawai Kanan Ismail Sabri

LocalPolitics
24 Feb 2025 • 2:14 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
sprm

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melakukan satu serbuan besar-besaran yang mengejutkan ramai apabila mereka menyita wang tunai lebih RM100 juta daripada rumah seorang bekas pegawai kanan kepada bekas Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurut sumber yang dipetik oleh New Straits Times (NST), wang tersebut ditemui dalam beberapa beg besar dan peti besi di dalam sebuah bilik di kediaman berkenaan.

Wang tunai lebih RM100 juta disita

Bukan setakat duit sahaja, SPRM juga merampas beberapa dokumen penting, barang kemas mewah serta peranti elektronik yang dipercayai ada kaitan dengan kes ini.

image is not available
Kredit foto: NSTP (Mohd Fadli Hamzah)

Rupa-rupanya, serbuan ini adalah hasil siasatan dan pemantauan SPRM selama beberapa bulan berkaitan dakwaan salah guna kuasa serta pengubahan wang haram oleh bekas pegawai kanan berkenaan.

Kini, penyiasat SPRM sedang meneliti sumber wang sama ada kemungkinan ianya berkaitan dengan dana politik. SPRM juga membuat siasatan menjurus kepada peranan bekas pegawai kanan berkaitan dana yang dirampas.

4 pegawai kanan ditahan

image is not available
Kredit foto: BERNAMA

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki sebelum ini mengesahkan bahawa empat pegawai kanan yang pernah berkhidmat di bawah Ismail Sabri ketika beliau menjadi Perdana Menteri telah ditahan bagi membantu siasatan.

Mereka ditahan untuk membantu siasatan berhubung kemungkinan rasuah dan pengubahan wang haram.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: New Straits Times (NST)


The post

appeared first on

.