SPRM tahan dua lelaki terlibat projek bantuan banjir

25 Jul 2023 • 8:21 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
SPRM

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor pada Selasa menahan dua lelaki disyaki terlibat dalam pembekalan barangan keperluan mangsa banjir bernilai kira-kira RM900,000.

Sumber berkata, suspek pertama merupakan bekas pengurus operasi sebuah yayasan dipercayai telah menyalahgunakan jawatannya untuk mengesyorkan syarikat milik suspek kedua yang mempunyai hubungan persaudaraan bagi membekalkan barangan berkenaan pada tahun lepas.

Beliau berkata, kedua-dua suspek yang berusia dalam lingkungan 30-an dipercayai ditahan kira-kira pukul 2.30 petang tadi di pejabat SPRM Selangor ketika diminta hadir untuk memberi keterangan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Beliau berkata, kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam esok bagi tujuan permohonan reman. - Bernama.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved