SPRM tahan guru besar wanita kerana salah guna kedudukan

13 Sep 2022 • 8:07 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

ALOR SETAR: Seorang guru besar wanita di sebuah sekolah kebangsaan pendidikan khas ditahan kerana dipercayai menyalahgunakan kedudukan dengan membeli barangan sekolah melalui dua syarikat milik anaknya pada 2019 hingga tahun lepas.

Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah berkata wanita berusia 58 tahun itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Sungai Petani, pada jam 1 tengah hari semalam.

Katanya, wanita itu dipercayai telah menyalahgunakan kedudukan dengan melakukan pembelian barangan sekolah bernilai RM22,646 melalui dua syarikat didaftar atas nama dua anaknya masing-masing berusia 31 dan 33 tahun.

Katanya, suspek wanita itu dilepaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM10,000 tanpa deposit kerana perlu menjaga suaminya yang sedang uzur di rumahnya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap, ketika dihubungi, mengesahkan mengenai tangkapan itu dan memberitahu kes disiasat mengikut Akta SPRM 2009. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved