SPRM tahan penguat kuasa lindungi kegiatan pelacuran di ibu negara

12 Jul 2024 • 11:05 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Menerima imbuhan dan bersekongkol dengan sindiket pelacuran, beberapa anggota penguat kuasa ditahan SPRM baru-baru ini.

PUTRAJAYA - Menerima imbuhan dan bersekongkol dengan sindiket pelacuran, beberapa anggota penguat kuasa ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya berkata, pihaknya telah menjalankan risikan berhubung aktiviti pelacuran di ibu kota dan tindakan serbuan dilakukan bagi membanteras perbuatan jelik tersebut.

Menurut beliau, tangkapan ke atas beberapa anggota penguat kuasa berkaitan yang melindungi kewujudan kegiatan pelacuran, rumah urut haram dan pusat penjudian di beberapa lokasi di ibu kota.

Beliau berkata, kewujudan premis-premis pelacuran dan perjudian haram memberi petunjuk bahawa wujudnya kegiatan melindungi pusat-pusat tersebut oleh agensi-agensi penguat kuasa yang bertanggungjawab.

"Risikan yang dibuat SPRM ke atas beberapa anggota penguat kuasa baru-baru ini menunjukkan bahawa ia mendapat perlindungan penguat kuasa yang terlibat,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Jelas beliau, kedua-dua isu tersebut tidak pernah selesai walaupun banyak serbuan dan tangkapan telah dilakukan oleh pihak berkuasa yang bertanggungjawab.

Ini kerana katanya, ada segelintir anggota penguat kuasa yang dipercayai menerima sogokan sebagai balasan untuk melindungi premis-premis tersebut.

"SPRM akan terus menjalankan risikan dan tangkapan ke atas mana-mana pegawai agensi penguatkuasaan yang terlibat," tegasnya.

Menurut beliau, beberapa operasi risikan khas SPRM seperti Ops Relax dan Ops Jejak yang dijalankan sejak 2019 secara 'undercover' telah berjaya membawa tangkapan dan pertuduhan ke atas anggota penguat kuasa.

Jelasnya, tangkapan dan pertuduhan yang membabitkan pelbagai agensi itu dibuat kerana golongan itu dipercayai melindungi kegiatan rumah urut tanpa lesen yang menjalankan aktiviti pelacuran.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved