SPRM tahan penjawat awam, terima rasuah bagi sijil kesihatan eksport arowana

16 Mar 2023 • 7:45 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

SHAH ALAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang kakitangan sebuah agensi kerajaan kerana disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah RM1,700 daripada pengusaha syarikat pengeskport ikan.

Menurut sumber, lelaki berusia lingkungan 40-an itu, yang bertugas sebagai penolong pegawai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), telah ditahan kira-kira jam 4 petang semalam semasa hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Kuala Selangor.

Katanya, wang rasuah tersebut telah dimasukkan ke akaun bank milik penjawat awam itu sebagai balasan untuk membantu mengeluarkan sijil kesihatan ikan arowana bagi tujuan eksport.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim mengesahkan penahanan itu dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Beliau berkata suspek dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret Sabak Bernam esok bagi mendapatkan permohonan reman. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved