SPRM tahan polis Kedah disyaki lindungi pengedar dadah, terima rasuah

LocalPolitics
3 Nov 2026 • 9:10 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: SPRM tahan polis Kedah disyaki lindungi pengedar dadah, terima rasuah

SPRM Kedah menahan seorang anggota polis berusia 30-an yang disyaki menerima rasuah kira-kira RM15,000 daripada pengedar dadah sepanjang 2024.

ALOR SETAR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menahan seorang anggota polis yang disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM15,000 daripada seorang pengedar dadah dua tahun lepas.

Menurut sumber, lelaki berusia lingkungan 30-an berkenaan dipercayai menerima sogokan itu sebagai balasan bagi melindungi kegiatan pengedaran dadah serta menghalang tindakan penguatkuasaan undang-undang di negeri berkenaan.

Sumber itu memberitahu, anggota polis terbabit ditahan kira-kira 2 petang tadi ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kedah.

“Siasatan awal mendapati dia disyaki melakukan perbuatan itu sepanjang 2024 dan dipercayai menerima wang rasuah antara RM200 hingga RM2,500 setiap bulan melalui transaksi pemindahan wang ke akaun bank peribadi miliknya,” menurut kenyataan itu.

Pengarah SPRM Kedah Datuk Nazli Rasyid Sulong ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved