Sindiket penipuan pelaburan sasar warga Jerman tumpas di Ipoh

LocalBusiness & Finance
3 Nov 2026 • 9:57 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Sindiket penipuan pelaburan sasar warga Jerman tumpas di Ipoh

Polis Perak menahan lima lelaki warga China berusia 26 hingga 43 tahun disyaki terbabit sindiket penipuan pelaburan yang menyasarkan mangsa di Jerman.

IPOH: Polis menahan lima lelaki warga China disyaki terbabit dengan sindiket penipuan pelaburan dalam satu serbuan di sebuah rumah di Anjung Bercham Utama di sini, Jumaat (Okt 30) lepas.

Ketua Polis Perak Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata bertindak atas maklumat aktiviti penipuan tersebut, kesemua suspek berusia lingkungan 26 hingga 43 tahun itu ditahan kira-kira 6.30 petang.

“Berdasarkan siasatan awal dan skrip perbualan yang ditemukan dalam komputer yang dirampas, pihak polis percaya sindiket ini menjalankan aktiviti pusat panggilan atau call centre bagi tujuan penipuan pelaburan tidak wujud secara dalam talian.

“Sindiket ini dipercayai mula beroperasi di premis berkenaan sejak September dan menyasarkan mangsa dari negara Jerman,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Beliau berkata sindiket itu menggunakan aplikasi WhatsApp serta capaian Internet tempatan untuk menjalankan aktiviti penipuan, dan mereka menyamar dengan menggunakan gambar wanita berpenampilan menarik bagi menghubungi mangsa secara rawak.

Mohd Alwi berkata mangsa kemudiannya dipujuk untuk terlibat dalam urusan pelaburan syarikat yang bertapak di Jerman bagi mendapatkan keuntungan yang tinggi, dan mangsa seterusnya diminta membuat pembayaran secara berulang kali.

Pihak polis turut merampas lima unit komputer, 10 telefon bimbit, empat router yang dianggarkan bernilai kira-kira RM25,000.

Kesemua suspek direman selama empat hari bermula Sabtu hingga esok bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 420 dan 120B Kanun Keseksaan serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved