
Program Safety Riding Challenge (SRC) for Lady Rider Only telah berjaya dianjurkan hasil kerjasama Kazuto Garage & All Stars Matsuri, dengan fokus utama meningkatkan kesedaran serta kemahiran tunggangan selamat dalam kalangan penunggang wanita, khususnya mereka yang menunggang motosikal berkapasiti besar.
Penganjuran SRC ini berlandaskan trend semasa yang menyaksikan peningkatan jumlah wanita aktif menunggang motosikal besar, termasuk penunggang wanita yang mula menjadi golongan Key Opinion Leader (KOL) di media sosial. Dengan pengaruh yang besar, penganjur melihat potensi luas untuk menyampaikan mesej keselamatan, di samping memperbaiki teknik tunggangan yang lebih betul dan bertanggungjawab.



















Apa yang membezakan SRC berbanding latihan asas ketika mengambil lesen adalah pendekatan latihan yang lebih mendalam dan realistik. Peserta dilatih menghadapi situasi tidak dijangka menggunakan motosikal sendiri, motosikal yang sudah mereka kenali. Antara modul utama termasuk brek kecemasan jarak pendek, kawalan gearing, engine braking, sudut selekoh (cornering angle) serta pengendalian motosikal berat, yang amat relevan untuk penunggang wanita motosikal berkapasiti besar.
Program ini turut mendapat sokongan daripada penaja seperti Durian Bikers, RS Taichi (Motoworld), serta Royal Enfield dan RCB yang membantu dalam pelancaran program. Giant Seksyen 13 juga berperanan sebagai penaja lokasi, menyediakan ruang strategik yang dekat dengan pengunjung awam, sekali gus membantu menyampaikan kesedaran keselamatan kepada masyarakat. Sokongan Giant dari awal hingga akhir penganjuran turut banyak memudahkan urusan keseluruhan acara.
Two Wheels Media berbesar hati dijemput membuat liputan sebagai sebahagian tanggungjawab media dalam menyebarkan kepentingan tunggangan selamat dalam kalangan wanita. Melihat sambutan positif, penganjur menyeru sokongan berterusan daripada komuniti motosikal, pihak industri dan agensi kerajaan.
Seterusnya, SRC dijangka akan membuat penganjuran pada bulan Mei akan datang.
The post SRC for Lady Rider Only: Inisiatif Keselamatan Khas Penunggang Wanita appeared first on TW Media.
