
Kota Kinabalu: Srikandi Bersatu Sabah digesa supaya sentiasa memperkasa gerak kerja untuk jentera meliputi program mendekati rakyat dan meningkatkan kualiti nilai tambah jentera bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak lama lagi.
Ketuanya, Datuk Seri Azizah Mohd Dun berkata kepimpinan Srikandi perlu utuh dan solidariti dalam gerak kerja pemerkasaan parti harus diutamakan.

