SST 8%: Unifi hantar pemakluman kenaikan cukai, anda terlibat?

1 Mar 2024 • 2:54 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Telekom Malaysia Berhad (TM) melalui Unifi telah mengumumkan beberapa perubahan pada penstrukturan Cukai Jualan & Cukai Perkhidmatan (SST) mereka. Seperti yang anda sedia maklum, walaupun SST dinaikan kepada 8%, ia bukanlah meliputi semuanya kerana terdapat jadual pengecualian yang menjadikan ada beberapa produk penawaran Unifi yang kekal kepada 6%.

image is not available

Berdasarkan rajah yang dikongsikan perkara yang dikenakai kadar 8% adalah:

  • kandungan Unifi TV yang dilanggan secara standalone
  • perkhidmatan awan
  • solusi pemasaran digital
  • perkhidmatan keselamatan

Mereka secara jelas mengatakan perkhidmatan seperti Unifi Fixed Line, Unifi Broadband, dan Unifi Mobile masih kekal berada di paras 6% seperti sebelumnya. Sehubungan dengan itu, kadar baharu SST 8% bagi yang terlibat akan dipamerkan di dalam penyata bulanan bermula Mac ataupun April 2024 bergantung kepada kitaran pembilan masing-masing.

Bacaan berkaitan

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved