ST Rosyam Mart Buka Pasar Raya Pertama Di Johor Bahru, Beri Pengalaman Beli-Belah Taraf 5 Bintang Tapi Harga Borong

LocalSales & Promo
13 Sep 2026 • 12:56 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

ST Rosyam Mart secara rasmi telah membuka pasar rayanya di Paragon Market Place, Tampoi, Johor Bahru pada Sabtu, 12 Sept.

Pembukaan di Paragon Market Place ini merupakan cawangan pertama ST Rosyam Mart di Johor dan secara tidak langsung memperluaskan lagi kehadirannya di Selatan Malaysia.

Tawar ayam segar pada harga 8 sen

Tak dinafikan pembukaan pasar raya ini disambut dengan meriah oleh rakyat di Johor selain pelbagai aktiviti serta promosi menarik juga diadakan, ini termasuklah ayam segar yang berharga 8 sen yang merupakan tarikan utama.

Pasar raya di Johor ini merupakan cawangan ke-10 ST Rosyam Mart dan yang terbesar dengan keluasan sekitar 70,000 kaki persegi serta merupakan pasar raya ketiga yangterletak dalam pusat membeli-belah.

Beroperasi 24 jam, beri pengalaman membeli bertaraf 5 bintang kepada pelanggan

Apa yang lebih menarik, pasar raya yang beroperasi 24 jam ini turut memberikan pengalaman membeli-belah borong serta runcit bertaraf 5 bintang, selesa serta moden kepada rakyat Johor termasuklah Singapura.

Bahkan pelanggan juga dapat menikmati pembelian pelbagai produk pada harga borong.

Apa yang best di pasar raya ST Rosyam Mart Tampoi?

  • Tampilkan reka bentuk moden dan kontemporari dengan laluan yang luas dan susunan seksyen produk yang teratur.
  • Ada lebih 40,000 pilihan produk.
  • Cawangan ini dilengkapi dengan ruang pembelian borong, kaunter perkhidmatan pelanggan khusus, kaunter pembayaran layan diri (SCO) dan kaunter juruwang yang mencukupi.
  • Ada kafe dan bakeri sendiri iaitu ST Cafe dan Seroti
Image from: ST Rosyam Mart Buka Pasar Raya Pertama Di Johor Bahru, Beri Pengalaman Beli-Belah Taraf 5 Bintang Tapi Harga Borong
Image from: ST Rosyam Mart Buka Pasar Raya Pertama Di Johor Bahru, Beri Pengalaman Beli-Belah Taraf 5 Bintang Tapi Harga Borong

Kesemua ini direka untuk memberikan:

  • Kemudahan
  • Keselesaan
  • Pengalaman membeli-belah yang lancar kepada pelanggan

Pelbagai jenis pilihan produk termasuklah daripada selebriti tempatan ada di ST Rosyam Mart

Bukan itu sahaja ST Rosyam Mart juga menampilkan 30 produk selebriti tempatan menerusi Celebrity Corner.

Manakala Malaysia Section pula menawarkan produk seperti:

  • Makanan ringan
  • Minuman
  • Hadiah
  • Cenderamata buatan lokal

20 perkhidmatan dapat dinikmati secara percuma

Pelanggan juga boleh menikmati sebanyak 20 perkhidmatan percuma seperti:

  • Penggunaan power bank
  • Air minuman
  • Perkhidmatan memotong daging
  • Mencuci topi keledar
  • Peti sejuk simpanan
  • Bantuan jump-start bateri kereta
  • Pam tayar serta banyak lagi

Mahu bantu masyarakat untuk jimatkan wang, masa dan jalani kehidupan lebih baik

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Sri Ternak, Datuk Raymond Ho Cheng Han, pihaknya sangat teruja meraikan satu lagi pencapaian penting apabila pasar raya itu secara rasmi membuka cawangan pertamanya di Johor dan wilayah Selatan.

“Johor merupakan pasaran yang pesat membangun dengan jumlah pengguna yang besar, manakala kedudukannya yang stratergik berhampiran Singapura menjadikannya satu langkah penting dalam perjalanan pengembangan kami.

“Di Sri Ternak, matlamat kami sentiasa jelas — untuk membantu masyarakat dan perniagaan menjimatkan wang, menjimatkan masa dan menjalani kehidupan yang lebih baik. Kami mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan Joland Group dan Kuopacific Group atas kerjasama dalam merealisasikan visi ini.

“Lokasi yang strategik ini membolehkan kami menawarkan barangan keperluan harian yang dipercayai, Halal dan mampu milik kepada masyarakat Johor, khususnya komuniti Tampoi, serta pengunjung dari Singapura. Kami juga amat menghargai dedikasi pasukan kami serta sokongan berterusan daripada rakan niaga dan pelanggan, dan kami berharap dapat terus menawarkan pengalaman membeli-belah 24 jam yang selesa, bertaraf 5 bintang pada harga borong,” ujarnya.

Misi “Menawan” Tampoi adalah inisiatif fokus kepada komuniti

Majlis Pembukaan Rasmi ini turut menandakan kejayaan Misi “Menawan” Tampoi, sebuah inisiatif berfokuskan komuniti yang diperkenalkan pada Julai lalu untuk menawan hati masyarakat Tampoi dan membina keterujaan menjelang kehadiran ST Rosyam Mart di Johor.

Pengarah ST Rosyam Mart Sdn Bhd, Datuk Rosyam Nor berkata ST Rosyam Mart Tampoi bukan sekadar satu lagi langkah pengembangan syarikat.

Malah ia juga mencerminkan tanggungjawab mereka dalam memastikan barangan keperluan harian lebih mudah didapatkan serta mampu dimiliki oleh semua rakyat.

“Berbelanja di ST Rosyam Mart, Dompet Abang Selamat adalah satu janji yang kami pegang dengan serius. Sebab itu, sempena pembukaan ini, kami bawakan ayam segar seekor pada harga hanya 8 sen kepada 5,000 pelanggan pertama sebagai tanda penghargaan kami kepada masyarakat Johor yang menyambut kehadiran ST Rosyam Mart.

Image from: ST Rosyam Mart Buka Pasar Raya Pertama Di Johor Bahru, Beri Pengalaman Beli-Belah Taraf 5 Bintang Tapi Harga Borong

Pelbagai aktiviti dan promosi menarik sempena pembukaan ST Rosyam Mart di Tampoi

Aktiviti dan promosi menarik sempena pembukaan rasmi ST Rosyam Mart selain ayam segar berharga 8 sen adalah:

  • Lebih 200 barangan promosi ditawarkan pada harga serendah 8 sen, 48 sen, dan 88 sen
  • Balloon Drop pada jam 9.30 malam yang tawarkan hadiah bernilai sehingga RM10,000
  • Pertunjukan bunga api
  • Sesi merasai makanan
  • Persembahan hiburan
  • Pemberian hadiah
  • Aktiviti kekeluargaan
  • Stamp & Menang 2.0 tawarkan lebih 350 hadiah bernilai lebih RM1 juta, tawar hadiah wang tunai berjumlah RM20,000
  • Tayangan perdana episod akhir “Misi Untuk Rakyat ketika Majlis Pembukaan Rasmi iaitu sebuah drama web AI 11 episod diterbitkan ST Rosyam Mart sebagai sebahagian dari Misi “Menawan” Tampoi
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved