ST12, Nidji pukau hampir 4,000 peminat: Penampilan mengejut Amy Search turut gamatkan SICC

Music
27 Oct 2023 • 4:04 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

SELEPAS menjanjikan persembahan istimewa untuk konsert pertama mereka di bumi Sabah, ST12 dan Nidji nyata menunaikan janji yang dilafazkan apabila menampilkan aksi bertenaga di hadapan hampir 4,000 peminat yang menggamatkan Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Sabtu lalu.

Walaupun kedua-dua band dari Indonesia itu tidak lagi bersama vokalis asal masing-masing, ia langsung tidak melunturkan keterujaan peminat yang hadir.

Bahkan, kehadiran penyanyi rock legenda negara Datuk Amy Search yang membuat kejutan pada malam itu menjadikan konsert anjuran ZR Project dan MW Pertama itu lebih istimewa.

Kehadiran Amy, yang sebelum itu menjayakan persembahan pada Program Sentuhan Agro Madani Negeri Sabah di Kompleks Likas, Kota Kinabalu, bagaikan menyuntik tenaga baharu kepada penonton apabila muncul di atas pentas menyanyikan lagu popular kumpulan Search, Isabella bersama ST12.