Stadium Darul Makmur mula tanam Rumput Bermuda Tifgrand

28 Nov 2024 • 6:42 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Fadzli (kiri) turun padang meninjau projek menaik taraf padang dan rumput di Stadium Darul Makmur pada Khamis.

PROJEK naik taraf padang dan rumput Stadium Darul Makmur bermula September lalu kini berada pada fasa akhir apabila kerja-kerja penanaman rumput Bermuda Tifgrand menggunakan keratan akar telah dimulakan pada Rabu.

Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan, Fadzli Mohamad Kamal berkata, rumput Bermuda Tifgrand yang ditanam jenis yang terbaharu dalam industri rumput padang sukan dan pertama seumpamanya di negara ini.

Menurutnya, rumput jenis itu tahan lasak, lebih hijau dan tumbuh rapat.

"Sistem siraman automatik juga telah siap dipasang dan berfungsi dengan baik.

"Sistem siraman itu menggunakan air kitaran semula dari air hujan yang mampu menyimpan air sebanyak 150,000 liter," katanya melalui kenyataan pada Khamis.

Terdahulu beliau turun padang meninjau projek menaik taraf padang dan rumput di stadium itu pada Khamis.

Fadzli berkata, rumput itu dijangka matang Mac tahun depan dan boleh mula digunakan sepenuhnya selepas itu.

Projek menaik taraf rumput di Stadium Darul Makmur antara langkah pemodenan imej stadium itu yang sedang giat dilakukan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved