Stadium Dipercayai Rosak Teruk Selepas Konsert, Lokasi Perlawanan Bola Sepak Terpaksa Ditukar

14 Nov 2022 • 3:00 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Stadium Dipercayai Rosak Teruk Selepas Konsert, Lokasi Perlawanan Bola Sepak Terpaksa Ditukar

THAILAND — Perlawanan antara kelab Jepun, Hokkaido Consadole Sapporo dan Kawasaki Frontale dalam jelajah J. League Asia Challenge 2022 yang sepatutnya berlangsung di Stadium Thunderdome terpaksa diubah atas faktor kualiti padang.

Persatuan Bola sepak Jepun, J. League dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa keputusan itu dibuat selepas mengambil kira keadaan padang dalam siri jelajah itu di negara berkenaan.

Tambah badan sukan itu, sebelum ini pihaknya sudah dimaklumkan bahawa sebuah konsert bakal dilangsungkan pada 9 November lalu di stadium berkenaan.

Walaupun kerja baik pulih sedang dijalankan, namun J.League telah memutuskan untuk mengubah lokasi perlawanan ke Stadium BG bagi mempamerkan mutu permainan yang lebih baik kepada peminat Thailand.

Sementara itu menerusi laporan ASEAN FOOTBALL di Facebook berkata, perlawanan antara Consadole Sapporo dan Kawasaki Frontale pada 15 November di Stadium Thunderdome telah dipindahkan ke Stadium BG.

“Perlawanan itu telah diubah ke lokasi lain selepas padang Stadium Thunder Dome mengalami kerosakan teruk akibat konsert Guns N’ Roses pada 9 November,” maklum kenyataan itu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved