Stadium Negeri Sarawak Dipenuhi Sampah, Netizen Kecewa Lihat Sikap Penyokong Bola Sepak

3 Mar 2023 • 2:38 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Masih lagi dengan mentaliti ‘sampah’?

Stadium Negeri Sarawak Dipenuhi Sampah, Netizen Kecewa Lihat Sikap Penyokong Bola Sepak. Sedih sekali melihat keadaan di Stadium Negeri Sarawak selepas perlawanan Kuching City FC menentang Selangor FC semalam. Sejak pagi tadi, berlegar-legar beberapa keping gambar di Facebook keadaan stadium itu dikatakan persis macam tong sampah lepas game itu berlangsung semalam.

Memang sedih gila lah bila tengok gambar-gambar sampah yang tersebar kat media sosial. Ianya bukanlah berita baik yang stadium dipenuhi dengan sampah selepas perlawanan, lebih-lebih lagi apabila seruan untuk menjaga kebersihan telah diumumkan sebelum perlawanan bermula.

image is not available
Stadium Negeri Sarawak Dipenuhi Sampah, Netizen Kecewa Lihat Sikap Penyokong Bola Sepak. Kredit: Ivan Alexander Ong

Balik dengan membiarkan sampah bertaburan

Ramai netizen kecewa dengan kelakuan penyokong bola sepak yang tidak bertanggungjawab ini. Kenapa perlu biarkan sampah bertimbun-timbun seperti itu?

Bukankah kita semua tahu bahawa membuang sampah di tempat yang betul adalah perkara yang asas dan sepatutnya dilakukan oleh semua orang?

image is not available

Adakah penyokong bola sepak ini terlalu teruja sehingga melupakan tanggungjawab mereka sebagai warga Malaysia? Atau mungkin mereka terlalu fokus dengan kemenangan atau kekalahan pasukan kegemaran mereka sehingga terlupa untuk menjaga kebersihan?

Tidak sepatutnya berlaku

Saya percaya sebagai penyokong bola sepak, kita semua patut memberikan contoh yang baik. Tidak kira sama ada kita menang atau kalah, tanggungjawab untuk menjaga kebersihan tetap menjadi tugas kita.

Janganlah biarkan sampah-sampah tersebut menjadi masalah kepada orang lain.

image is not available

Tunjukkanlah yang kita ni penyokong bola sepak yang bertanggungjawab. Jangan biarkan kelakuan tak bertanggungjawab kita merosakkan imej sukan yang kita sayangi ni.

Kita ni penyokong bola sepak, bukan penyokong sampah. Jadi, mari jaga kebersihan bersama-sama.

Baca lagi artikel menarik:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved