
Kecoh diperdebatkan di media sosial apabila seorang lelaki berbangsa Cina mendakwa ibunya tidak dibenarkan untuk ‘renew’ pasport gara-gara tidak fasih bercakap bahasa Melayu.
Staf yang berada di kaunter UTC Komtar Pulau Pinang didakwa tetap berkeras enggan memperbaharui passport ibunya, malah menyuruh dia untuk kembali pada esok hari agar dapat ditemuduga oleh pihak atasan lain.
(1/6) Seorang kakitangan UTC di Komtar, Pulau Pinang menyatakan kepada seorang wanita bahawa ibunya tidak dapat memperbaharui pasport kerana tidak boleh berbahasa Kebangsaan walaupun dia merupakan seorang warganegara Malaysia. pic.twitter.com/Xi6LEdSJRG
— TV Pertiwi (@TVPertiwi_MY) April 22, 2024
Lelaki tersebut mendakwa ibunya tidak bersekolah menyebabkan dia hanya mampu bertutur bahasa Melayu dengan terhad. Namun, penjelasan yang diberikan tidak diterima staf bertugas.
Menurut lelaki berbangsa Cina itu juga, orang awam lain yang turut ada di tempat kejadian tidak bersetuju dengan tindakan kakitangan tersebut.
Kredit: X TVPertiwi_MY

