Starbucks Drive Thru Pertama Di Kuching, Bakal Dibuka Tidak Lama Lagi

21 Mar 2023 • 9:34 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Berita baik buat warga Kuching!

Starbucks Drive Thru Pertama Di Kuching, Bakal Dibuka Tidak Lama Lagi. Peminat kopi Starbucks di Kuching boleh bersiap sedia untuk menyambut pembukaan cawangan Drive Thru baru yang bakal dibuka tidak lama lagi.

Kejutan ini pastinya menyenangkan bagi para peminat kopi dan pengunjung yang sering melawat kawasan tersebut.

image is not available
Sumber: Facebook

Cawangan Starbucks drive-thru pertama di Sarawak adalah di Miri

Terletak bersebelahan dengan Petronas Jalan Stutong, ini merupakan cawangan Starbucks Drive Thru pertama di Kuching. Sebelumnya, cawangan Drive-Thru pertama di Sarawak adalah di Miri. Dan kali ini, ia meluaskan ke Kuching.

Telah tular di laman sosial, terdapat kongsian sedang mencari barista untuk pembukaan cawangan drive-thru di Kuching. Bagi anda yang mahir dalam pembuatan kopi/ air, bolehlah pergi interview yang bakal diadakan hari ini di Starbucks Precint 88, Jalan Song.

image is not available

Starbucks merupakan salah satu jenama minuman popular di seluruh dunia dan telah mempunyai cawangan di pelbagai negara termasuk Malaysia.

Dengan pembukaan cawangan drive-thru baru di Kuching, ini menunjukkan bahawa minat terhadap jenama Starbucks semakin meningkat di kalangan penduduk tempatan.

image is not available

Lagi artikel menarik, anda boleh baca pautan di bawah:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved