Starbucks Korea Haramkan Pelanggan Membawa Komputer Desktop dan Mesin Pencetak

12 Aug 2025 • 2:09 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kedai kopi menjadi ruang pejabat yang sangat selesa kerana terdapat minuman boleh dipesan serta sumber kuasa dan WiFi percuma. Semasa mula bekerja di Amanz dahulu, Starbucks ialah lokasi pilihan dijadikan pejabat di luar rumah.

image is not available
Gambar – Korea Herald

Di Korea Selatan, budaya cagongjok menjadi kafe sebagai pejabat sudah wujud berdekad lamanya tetapi kini Starbucks mula mengharamkan kakitangan membawa peralatan tertentu ke kafe milik mereka.

Notis amaran membawa komputer desktop, mesin pencetak, kabel palam kuasa dan penghadang peribadi kini diharamkan di kafe Starbucks Korea Selatan. Ini bagi menentang budaya cagongjok yang melampau sehingga pelanggan lain tidak mempunyai tempat duduk.

Pelanggan yang meninggalkan kafe untuk tempoh yang lama juga diminta membawa sekali barangan mereka. Di Korea Selatan jika barangan ditinggalkan di kafe atau ruang awam, ia biasanya tidak akan dicuri.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved