Starbucks Makin Tak Laku, Penurunan Trafik Pelanggan Yang Ketara & Jualan Global Merosot

Business & FinanceLifestyle
24 Oct 2024 • 12:12 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui laporan Harian Metro, rangkaian kopi terkenal iaitu Starbucks terus berdepan dengan cabaran besar dengan berlakunya penurunan jualan global sebanyak 7.0 peratus dalam tempoh Julai hingga September.

Kemorosotan jualan ini merupakan kali ketiga syarikat tersebut perlu dihadapi.

image is not available

Lebih teruk, pendapatan sesaham juga turun sebanyak 25 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu, hanya mencatatkan 80 sen, manakala hasil bersih susut 3.0 peratus kepada AS$9.1 bilion.

Ketua Pegawai Eksekutif Starbucks yang baharu, Brian Niccol membuat pengumuman, bagi membina semula syarikat, pihak mereka akan menggantung ramalan tahunan untuk tahun fiskal akan datang.

Difahamkan dari kenyataan akhbar Starbucks, salah satu punca utama kemerosoton susulan berlakunya penurunan trafik pelanggan yang sangat ketara.

image is not available

Bahkan, jenama Starbucks tidak terlepas daripada gelombang bantahan dan kempen boikot yang dilancarkan oleh pengguna susulan tidak berpuas hati dengan sokongan syarikat itu kepada pihak Israel.

image is not available 4 months ago

"Hasil Jualan Salur Pada Dana Gaza" - Starbucks M'sia Lancar Kempen 'The Bearista', Kerjasama Bersama Artis & Komuniti Kurang Upaya