Starbucks Malaysia Hilang 40% Pengguna, Bukti Boikot Berkesan

7 Dec 2023 • 11:44 AM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

Jenama kopi antarabangsa, Starbucks Coffee mengalami kemerosotan pengunjung sehingga 40% akibat tindakan boikot yang dilancarkan rakyat Malaysia secara besar-besaran. Kempen boikot terhadap syarikat tersebut dikatakan kerana mereka menunjukkan sokongan terhadap Israel dalam konflik Israel-Hamas yang sedang berlangsung.

image is not available

Menurut RHB Investment Bank Bhd, data tersebut menyaksikan persekitaran perniagaan bagi Starbucks Coffee, Berjaya Food Bhd (BFood) perlu mengatur langkah dengan lebih berhati-hati kerana kempen boikot itu dilihat akan berlarutan lebih lama sekiranya konflik Israel-Hamas tidak menemui jalan penyelesaian.

image is not available

Menurut mereka lagi, kesan ketika tempoh boikot mungkin tidak dapat dipulihkan dengan mudah dan usaha keras perlu dilakukan.

Hasil tinjauan mereka ke beberapa cawangan Starbucks menunjukkan jumlah pengunjung agak rendah berbanding kebiasaan walaupun ketika waktu puncak. Hal ini berbeza dengan kebanyakan jenama kopi lain yang masih menerima kunjungan pelanggan seperti biasa.

Situasi ini dilihat akan memberi kesan yang buruk kepada jenama kopi antarabangsa tersebut.

Sumber: Intraday

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved