Tiada Pelanggan Akibat Boikot, Starbucks Bakal Henti Operasi Di Maghribi

Entertainment
3 Dec 2023 • 3:30 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Rangkaian restoran dan kedai kopi Starbucks akan ditutup secara kekal di Maghribi sebelum akhir tahun ini.

image is not available

Memetik laporan The New Arab, bukan sahaja Starbucks, malahan jenama pakaian terkenal, H&M akan turut sama menutup cawangan mereka di negara Afrika Utara itu. Kedua-dua jenama popular itu terpaksa menutup perniagaan berikutan permintaan rendah susulan boikot berterusan oleh orang ramai disebabkan perang Israel ke atas Semenanjung Gaza.

image is not available

Pengumuman penutupan itu mewujudkan kebimbangan tentang situasi ekonomi di Casablanca, ibu negara Maghribi dek kerana H&M dan Starbucks menggaji ratusan warga Maghribi. Sebilangan pekerja Starbucks berkata, rangkaian kafe kopi di Maghribi itu mengalami masalah kewangan kerana kurang permintaan akibat usaha boikot yang dilakukan oleh orang ramai berikutan krisis yang melibatkan Palestin dan Israel.

image is not available

Starbucks beroperasi di 18 buah lokasi di Maghribi, manakala H&M hanya membuka empat gedung di negara itu.

Kedua-dua jenama itu menanggung beban akibat kempen boikot yang menyasarkan jenama dan kedai Barat khususnya milik Zionis berikutan perang tentera Israel ke atas Gaza.

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.