Starlink Kini Mempunyai Lebih 4 Juta Pengguna Di Seluruh Dunia

TechnologyDigital
27 Sep 2024 • 9:46 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Starlink, perkhidmatan internet berasaskan pancaran satelit, berkongsi menyatakan mereka mencatatkan sejarah tersendiri apabila kini mempunyai lebih 4 juta pengguna di seluruh dunia. Ini sekaligus membolehkan pengguna Starlink mengakses internet berkelajuan tinggi, tanpa mengambil kira lokasi ataupun keadaan muka bumi.

Di Malaysia sendiri, Starlink telah ditawarkan sejak Julai 2023 yang lepas. Ia menawarkan perkhidmatan pada harga langganan RM220 sebulan, tetapi pengguna perlu mendapatkan perkakasan untuknya secara berasingan terlebih dahulu pada harga RM2300. Buat masa terhad, kini Starlink menawarkan perkakasan berkenaan pada harga RM1600.

Sebelum ini, Starlink berkongsi pada Mei 2024 lepas mereka telah mencapai 3 juta pengguna, dan kini berjaya menambah 1 juta pengguna baharu dalam masa yang agak pantas.

Selain Starlink, beberapa syarikat lain turut sedang melihat kepada arena sama, termasuk China yang turut telah mula menceburi penawaran sama. Starlink sendiri juga sedang melihat kepada penawaran perkhidmatan selular terus ke telefon pintar tidak lama lagi.