Stars@Mercedes-Benz Ketiga Dunia Dibuka Di Bangsar – Pengalaman Imersif & Eksklusif

12 Nov 2025 • 9:45 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) dan pengedar rasmi, NZ Wheels Sdn Bhd (anak syarikat Naza Auto Group), semalam melancarkan secara rasmi bilik pameran di Bangsar setelah diubah suai sepenuhnya. Kini tampil lebih moden dan canggih di bawah nama Stars@Mercedes-Benz Bangsar.

Stars@Mercedes-Benz Bangsar merupakan bilik pameran ketiga di dunia yang menerapkan konsep ini, selain dua lokasi lain iaitu di Ginza, Tokyo (Jepun) dan Zurich (Switzerland).

Pelaburan RM5 Juta Ubah Bilik Pameran

image is not available

Terletak di Jalan Ara, Bangsar, premis dua tingkat seluas 1,800 meter persegi ini diberikan perubahan besar-besaran dengan pelaburan sebanyak RM5 juta oleh NZ Wheels.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden MBM, Amanda Zhang menyatakan bahawa konsep baharu ini "belum pernah terjadi sebelum ini" kerana ia melambangkan visi untuk mengubah ruang jualan menjadi destinasi gaya hidup yang imersif.

image is not availableimage is not availableimage is not available

Turut hadir menyempurnakan majlis, pimpinan utama Naza Auto Group termasuk Pengerusinya, Datuk Jasmy Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd Rizal Jailan.

Zon Eksklusif

image is not availableimage is not availableimage is not available

Bilik pameran ini dibina untuk menawarkan pengalaman eksklusif dengan 'zon imersif khas' untuk barisan model premium dan mewah yang termasuk Mercedes-Maybach, Mercedes-AMG, G-Class dan model flagship Mercedes-Benz.

image is not availableimage is not available

Keunikan utama Stars@Mercedes-Benz Bangsar ialah ruang khas 'Manufaktur'. Ia membolehkan pelanggan istimewa meneroka pelbagai sampel dan pilihan untuk menjadikan kenderaan tampil lebih eksklusif dibantu oleh skrin digital bersaiz besar dalam suasana santai seperti kafe.

Menurut Datuk Jasmy Ismail, "Bilik pameran ini menjadi contoh terbaik untuk perkhidmatan dan pengalaman automotif yang eksklusif, menggambarkan komitmen kami untuk melakukan yang terbaik dan memahami evolusi keperluan pengguna masa kini.”

Komprehensif & Canggih

image is not available

Stars@Mercedes-Benz Bangsar juga menyediakan kemudahan pengecas pantas DC 50 kW untuk pemilik kenderaan elektrik (EV) Mercedes-Benz.

Dalam kenyataan bersama, MBM dan NZ Wheels memaklumkan bahawa Stars@Mercedes-Benz Bangsar mempunyai kebolehan untuk 'berubah menjadi satu identiti jenama yang berbeza dalam tempoh 30 minit', yang dimungkinkan oleh sistem dinding modular premis.

Melihat potensi ini, Zhang menambah, syarikat menjangkakan lebih banyak kerjasama dengan jenama mewah lain akan diadakan di ruang pameran sama pada masa akan datang.

Turut akan dilancarkan tidak lama lagi ialah pusat perkhidmatan selepas jualan (2S) di lokasi lain, Jalan Genting Klang/Setapak yang menurut NZ Wheels, akan mula beroperasi pada suku kedua 2026.

View Original Article