Status 91 rakyat Malaysia di China, Nepal kekal jadi tanda tanya

29 Aug 2026 • 11:10 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Status 91 rakyat Malaysia di China, Nepal kekal jadi tanda tanya

PUTRAJAYA – Nasib 91 rakyat Malaysia masing-masing 55 orang di Nepal dan 36 di China kekal menjadi tanda tanya selepas Kementerian Luar Negeri (KLN) mengesahkan masih gagal menghubungi mereka setakat pukul 8 malam hari ini.

Wisma Putra berkata, ketika ini, KLN terus bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa berkaitan di China dan Nepal selain menyemak silang maklumat dari kedua-dua negara bagi mengenal pasti sebarang pertindihan dalam laporan diterima.

“KLN memohon masyarakat umum untuk merujuk kepada angka rasmi yang dikeluarkan oleh kementerian dalam laporan mengenai rakyat Malaysia yang terjejas akibat situasi di Nepal dan China.

“Angka berkenaan akan terus dikemas kini apabila hubungan berjaya diwujudkan dengan rakyat Malaysia yang masih belum dapat dihubungi serta apabila maklumat lanjut diterima daripada pihak berkuasa dan ahli keluarga.

“KLN akan terus menyalurkan perkembangan terkini mengenai status rakyat Malaysia yang terjejas,” katanya dalam satu kenyataan di sini malam ini

Wisma Putra berkata, KLN memahami kebimbangan berhubung keterbatasan maklumat peribadi mengenai rakyat Malaysia yang masih belum dapat dihubungi yang boleh dikongsikan kepada umum.

“Selaras dengan prosedur konsular yang ditetapkan, perkembangan mengenai kes individu disalurkan secara terus kepada waris terdekat yang telah disahkan.

“Pegawai konsular telah menghubungi waris terdekat yang telah dikenal pasti berdasarkan maklumat yang tersedia bagi menyampaikan perkembangan terkini.

“Maklumat peribadi tidak akan didedahkan kepada umum tanpa kebenaran waris terdekat,” katanya.

Wisma Putra berkata, kepentingan dan kebajikan rakyat Malaysia yang dilaporkan masih belum dapat dihubungi serta ahli keluarga terdekat mereka kekal menjadi keutamaan KLN.

“Jadi, semua pihak dimohon untuk menghormati privasi keluarga yang terjejas dan merujuk kepada maklumat rasmi yang dikeluarkan oleh KLN sementara usaha konsular diteruskan.

“Bilik Operasi Kementerian di Putrajaya terus beroperasi 24 jam sehari bagi membantu rakyat Malaysia yang terjejas serta ahli keluarga mereka,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Status 91 rakyat Malaysia di China, Nepal kekal jadi tanda tanya appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved