KPKT, Wisma Putra usaha kesan dua pegawai bomba di Nepal

30 Aug 2026 • 10:43 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: KPKT, Wisma Putra usaha kesan dua pegawai bomba di Nepal

IPOH: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bekerjasama rapat dengan Wisma Putra bagi mendapatkan perkembangan terkini mengenai dua pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang masih belum dapat dihubungi susulan bencana banjir besar di Nepal.

Menterinya, Nga Kor Ming berkata, pihaknya sedang berusaha menerusi Wisma Putra bagi membantu mengesan dua pegawai berkenaan.

“Saya minta seluruh rakyat Malaysia berdoa demi keselamatan dan kesejahteraan dua wira merah yang setakat ini belum dapat dikesan. Kami memang berharap mereka dapat ditemui dengan selamat,” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan Ekspo Jom Makan Ipoh 2026, di sini semalam.

Beliau memberitahu, pihak kementerian juga sentiasa berhubung rapat dengan keluarga dua pegawai itu untuk menyampaikan sebarang perkembangan terkini mengenai mereka.

“Pasukan bomba kami sentiasa berhubung rapat dengan keluarga. Sekiranya kita dapat maklumat terkini, kami akan sampaikan terus kepada mereka. Hati dan doa kita tetap bersama dengan mereka, setiap saat berdoa untuk keselamatan mereka.,” katanya.

Terdahulu media melaporkan, dua pegawai JBPM antara rakyat Malaysia yang gagal dihubungi ekoran bencana banjir kilat yang mengakibatkan kemusnahan besar di daerah Rasuwa, Nepal.

Dua pegawai yang terbabit ialah pendaki profesional merangkap anggota Pasukan Khas Udara Bomba (PASKUB), Mohd. Fakhrul Munir Mohd. Isa dan Timbalan Pengarah Bahagian di ibu pejabat JBPM, Mohd. Sani Harul.

Mohd. Fakhrul Munir dan Mohd Sani adalah sebahagian daripada kumpulan 10 rakyat Malaysia yang dalam perjalanan menuju Everest Base Camp (EBC). – UTUSAN

The post KPKT, Wisma Putra usaha kesan dua pegawai bomba di Nepal appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved