Status Bersatu dalam PN tidak dibincang, hanya sentuh keahlian parti baharu - Muhyiddin

LocalPolitics
23 Jun 2026 • 7:01 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Status Bersatu dalam PN tidak dibincang, hanya sentuh keahlian parti baharu - Muhyiddin
Muhyiddin tiba di Pejabat Agung Pas bagi menghadiri mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi PN.

KUALA LUMPUR - Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan tiada perbincangan tentang status parti itu dalam Perikatan Nasional (PN) ketika mesyuarat tergempar gabungan itu yang berlangsung pada malam Isnin.

Beliau berkata, mesyuarat tersebut sebaliknya hanya memberi tumpuan kepada isu keahlian parti baharu dalam PN.

“Tidak bincang (status Bersatu), bawa isu keahlian (parti baharu),” katanya ringkas kepada media selepas menghadiri mesyuarat berkenaan di Pejabat Agung Pas.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada kedudukan Bersatu dalam PN menjadi antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat tergempar tersebut.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan PN akan mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan keanggotaan parti gabungan PN di Pejabat Agung Pas di Kuala Lumpur pada malam Isnin.

Dalam notis yang ditandatangani Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan bertarikh 18 Jun 202, sidang berkenaan akan berlangsung berdasarkan Fasal 10 (Pemberitahuan Mesyuarat dan Agenda) dan Fasal 12 (Kekerapan Mesyuarat

Dalam pada itu, Muhyiddin secara berseloroh memberitahu Bersatu akan kekal dan abadi sampai bila-bila ketika diajukan soalan sama ada Bersatu akan terus kekal dalam PN atau mengambil keputusan keluar dari gabungan itu.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved