Status Ibu Bukan Penghalang, Wanita Dukung Anak Terima Skrol Raih Perhatian Ramai

13 Jun 2023 • 8:59 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available

Sudah menjadi impian setiap pelajar untuk melanjutkan pengajian ke menara gading demi mencapai cita-cita yang lama terpahat di dalam hati.

Begitu juga dengan seorang wanita ini, meskipun bergelar isteri pada usia muda, ia bukan menjadi penghalang buatnya untuk mengenggam segulung ijazah.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman TikToknya, kelihatan wanita terbabit yang juga merupakan seorang ibu telah menghadiri konvokesyen telah meraih perhatian ramai.

@azzahraa19__

nikah ga jadi penghalang buat teruss mencari ilmuu #ilmuagama #pelajarindonesia #mahasiswi

♬ suara asli – yuda – yuda

Mana tidaknya, ketika namanya dipanggil untuk naik ke atas pentas, dia mendukung sekali anaknya naik ke atas pentas telah berjaya buktikan kepada orang ramai bahawa pejuangannya selama ini telah membuahkan hasil.

image is not available

image is not available

Jadi inspirasi ramai!

Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terpegun dan menjadikan wanita hebat terbabit sebagai satu inspirasi untuk terus berjaya dalam kehidupan.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Netizen bangga dengan wanita tersebut

Bukan itu sahaja, ramai yang menitipkan ucapan tahniah kepada wanita tersebut dan berharap mereka akan juga akan berjaya satu hari nanti.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Sumber: TikTok @azzahraa19__