Jocelyn Chia Mula Aktif Di Instagram, Rupanya Akaun Tak Digantung?

Entertainment
9 Jun 2023 • 11:01 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kecoh sejak beberapa hari lepas berkenaan pelawak dari Singapura, Jocelyn Chia yang membuat lawak tidak sensitif melibatkan MH370 serta makian kepada negara Malaysia.

Isu itu menjadi lebih tegang apabila wanita tersebut dikatakan sudah bukan lagi warga Singapura, sebaliknya sedang menetap di Amerika Syarikat.

Ramai yang mengetahui, semua akaun media sosial miliknya digantung termasuklah Instagram, namun hari ini akaunnya itu kembali aktif dengan beberapa IG story yang dimuat naik olehnya.

Dia memberitahu, akaunnya itu tidak dipadam tetapi hanya digantung atas sebab ‘menyamar menjadi selebriti’.

image is not available

“Khabar angin mengatakan saya padam Instagram saya & IG saya telah dibatalkan.

Akaun saya sebenarnya digantung sementara kerana ‘menyamar menjadi selebriti’. Saya macam, siapa selebriti tu?

Jawapan: Jocelyn Chia,” tulisnya.

Dalam posting IG story selepas itu, dia mengucapkan terima kasih kepada komuniti komedi yang menyokongnya serta memberitahu dia sayangkan mereka.

Dia turut bergurau mengenai bekas kekasih yang tiba-tiba muncul selepas isunya itu berbangkit serta turut ‘menyelitkan’ ucapan terima kasih kepada golongan non-binary dengan harapan tidak akan kena cancel dengan golongan tersebut.

image is not available

Hmm, apa pulak ni?

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.