
Status ringkas bekas Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak di Facebook telah menarik perhatian warganet. Ia merupakan satu ucapan yang memberi gambaran seolah-olah mengalu-alukan kedatangan seseorang.
“Welcome”
Welcome.
Posted by Najib Razak on Wednesday, March 8, 2023
Dalam masa 25 minit status itu dimuat naik, ianya telah meraih 182 jumlah perkongsian dan menjengah ke ruangan komen, ramai netizen seolah-olah mengaitkan ia dengan kes yang melibatkan seorang pemimpin parti politik yang sedang hangat diperkatakan.
Ada juga netizen anggap bahawa ucapan itu ditujukan kepada dirinya sendiri susulan dengan perkongsian terkini daripada Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution sebelum ini yang mengatakan bahawa Najib Razak kini sedang melanjutkan pelajarannya.

Walau bagaimanapun, masih belum ada kepastian yang sahih berkenaan dengan tujuan dan mesej ucapan itu dibuat. Hurm, tapi korang rasa datuk seri cakap tentang apa ye?
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.


