'Stayin’ Alive' - 'The Young Bee Gees' Bakal Gegarkan Kuala Lumpur Dengan Deretan Lagu Legenda!

LocalEntertainment
20 Nov 2026 • 7:01 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

'Stayin’ Alive' - 'The Young Bee Gees' Bakal Gegarkan Kuala Lumpur Dengan Deretan Lagu Legenda!

Peminat muzik era 70-an, inilah masanya untuk mengimbau kembali zaman kegemilangan muzik disko menerusi sebuah persembahan istimewa yang pastinya menjanjikan pengalaman penuh nostalgia!

Stayin’ Alive – The Young Bee Gees, sebuah persembahan tribute yang didatangkan khas dari United Kingdom (UK), bakal menemui peminat di Kuala Lumpur. 

Dikenali sebagai antara persembahan tribute Bee Gees paling autentik di dunia, kumpulan ini bakal menghidupkan kembali keunikan vokal, gaya persembahan serta harmoni ikonik yang pernah menjadikan Bee Gees fenomena muzik antarabangsa.

Menerusi persembahan ini, penonton berpeluang menikmati semula deretan lagu malar segar yang cukup sinonim dengan kumpulan legenda berkenaan. Antaranya termasuklah Night Fever, Stayin’ Alive, More Than a Woman, Jive Talkin’ dan banyak lagi.

Bagi yang ingin merasai sendiri kehangatan muzik disko 70-an, persembahan ini dijadualkan berlangsung pada 9 Disember 2026 (Rabu), jam 8 malam, bertempat di Robert’s Theatre, The Campus Ampang.

Tiket ditawarkan pada harga bermula RM100 hingga RM250 dan boleh didapati menerusi platform CloudJoi.

Jadi, buat peminat Bee Gees dan penggemar muzik klasik, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan penuh nostalgia ini secara langsung!

Tempahan tiket boleh dibuat menerusi pautan berikut: https://www.cloudjoi.com/shows/7777-stayin-alive-the-young-bee-gees/ - Getaran, 20 November 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved