
SYDNEY: Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew mahu Lembaga Pelancongan Sabah (STB) memperhebatkan kerjasama dengan Singapore Airlines untuk membawa masuk lebih ramai pelancong Australia ke Sabah.
Beliau berkata ini kerana Australia dihubungkan dengan baik oleh Singapore Airlines dan Scoot (syarikat penerbangan tambang murah Singapura) ke Kota Kinabalu dari tujuh bandar raya Australia iaitu Sydney, Melbourne, Brisbane, Adelaide, Perth, Darwin dan Cains.
Scoot menyambung semula perkhidmatan penerbangannya dari Singapura ke Sabah pada April tahun lalu, menjadikannya syarikat penerbangan antarabangsa pertama yang berbuat demikian.
“Perlu ada konsistensi dan kekerapan dalam usaha promosi kami untuk mendapatkan hasil yang memberi kesan, kerana tarikan utama Sabah seperti pulau-pulau, pusat peranginan, pantai percutian, hidupan liar, komuniti tempatan dan budaya uniknya menarik perhatian warga Australia,” kata Liew selepas mesyuarat perniagaan dengan Naib Presiden Serantau Singapore Airlines Australia (Southwest Pacific), Louis Leonard Arul, di sini, baru-baru ini.
SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more Menurutnya, kedua-dua Singapore Airlines dan STB akan menyusun kempen bersama untuk meneroka sepenuhnya trafik keluar Australia, terutamanya mereka yang mencari pengalaman perjalanan yang lebih melampaui bandar dan percutian pantai.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.


